Make your own free website on Tripod.com
Huraikan secara terperinci tentang sejarah Internet
dan
pengasas-pengasas yang bertanggung-jawab mengujudkan Internet.
[1950][1960][1970][1980][1990][Rujukan]

Pengenalan.

Internet berasal daripada istilah Internetworking yang bermaksud ‘sistem komunikasi antara rangkaian’. Internet membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat secara bebas berlaku. Ia merupakan jalinan rangkaian yang terbesar di dunia yang menghubungkan rangkaian komputer  yang berselerak di serata dunia dikenali sebagai hos yang membekalkan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penggunanya. Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.
Jalinan internet terlaksana menerusi panduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).
Antara peranan internet ialah;

Sejarah Internet. [Atas]

Secara umumnya, idea ke arah kelahiran internet telah mula tercetus pada tahun 1957. Pelancaran satelit Sputnik oleh Russia pada masa itu telah menyebabkan Amerika Syarikat menubuhkan ARPA (Advance Research Projects Agency), iaitu sebuah agensi di bawah penyeliaan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Objektif utama penubuhan ARPA adalah untuk membangunkan teknologi dalam bidang ketenteraan yang dapat bersaing dengan kuasa luar dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi.

Melalui ARPA, teori pensuisan paket (packet-switching networks: PS-networks) telah diperkenalkan buat kali pertama oleh Leonard Kleinrock, melalui kertas kerjanya yang bertajuk “Information Flow in Large Communication Nets”  pada bulan Julai 1961.  Teori ini kemudiannya telah dimajukan oleh Paul Baran dan telah dibentangkan di Simposium ACM di Gatlinburg, Tennessee pada bulan Oktober 1967.

Teori PS-network seterusnya dipersembahkan kepada ARPA pada tahun 1968. Berikutan dengan itu, cadangan untuk menubuhkan ARPANET telah dikemukakan pada bulan Ogos 1968 dan maklum balas terhadap cadangan tersebut telah diterima pada bulan September tahun yang sama.  Untuk menjayakan ARPANET, University of California Los Angeles telah ditawarkan kontrak untuk memainkan fungsi sebagai Network Measurement Center (NIC) pada bulan Oktober 1968 manakala  Bolt Beranek and  Newman, Inc. (BBN) ditawarkan kontrak “Packet Switch” untuk membina “Interface Message Processors (IMPs)”.

Lanjutan daripada itu, pada tahun 1969 ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network) telah dihasilkan. Rangkaian ini menggunakan mini komputer Honeywell DDP-516 dengan 12K ingatan. Rangkaian ini menghubungkan empat buah komputer yang bertindak sebagai nod, iaitu di UCLA sebagai Network Measurement Center, Stanford Research Institute sebagai Network Information Center (NIC), University of California Santa Barbara (UCSB) dan  University of Utah. Kesemua nod ini adalah merupakan hubungan antara Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dengan penyelidik ketenteraan di universiti. Tujuan asas ARPANET adalah untuk membentuk suatu rangkaian komunikasi bertujuan mempertahankan diri dari serangan musuh dan perbuatan sabotaj. Di samping itu, ia juga bertujuan membangunkan rangkaian yang membenarkan para saintis dan penyelidik berkongsi sumber maklumat. ARPANET juga bertujuan membangunkan satu rangkaian yang mudah alih dan bebas daripada kongkongan pihak-pihak tertentu. Rangkaian ARPANET ini dijalinkan dengan berasaskan kepada Protokol Kawalan Rangkaian (NCP : Network Control Protokol).


[Ke atas]
Pada bulan Julai 1970, satu lagi rangkaian telah berjaya dioperasikan oleh Norman Abramson, dari University of Hawaii. Rangkaian ini diberi nama ALOHANet, ianya terdiri daripada hubungan 15 buah nod dalam jaringan iaitu UCLA, SRI, UCSB, Univ of Utah, BBN, MIT, RAND, SDC, Harvard, Lincoln Lab, Stanford, UIU(C), CWRU, CMU dan NASA/Ames. BBN kemudiannya mula membina Interface Messages Processors menggunakan Honeywell 316 yang lebih murah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keupayaan IMPs yang hanya membenarkan sambungan 4 hos. Oleh itu BBN membina terminal IMPs  baru yang membenarkan sambungan sehingga 64 hos. Bilangan nod ini berkembang kepada 40 buah pada tahun 1972. Akhirnya ALOHANet disambungkan dengan ARPANET pada tahun 1972.

Pada tahun 1971, Ray Tomlinson daripada BBN telah berjaya mencipta perisian untuk aplikasi mel elektronik (e-mail) yang digunakan untuk menghantar dan menerima pesanan melalui rangkaian komputer. Beliau memperbaiki lagi perisian e-mail untuk ARPANET untuk menjadikan -e-mail lebih berkesan pada tahun berikutnya. Simbol @ telah dipilih sebagai tanda “at” berdasarkan “Tomlinson's Model 33 Teletype”.

International Conference on Computer Communications (ICCC) telah dianjurkan oleh Bob Kahn di Washington D.C. Hilton pada bulan Oktober 1972. Dalam ICCC ini. ARPANET telah mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan kebolehan berkomunikasi menggunakan komputer. Dalam demonstrasi tersebut, mereka menggunakan 40 buah komputer yang dihubungkan dengan Terminal Interface Processor (TIP). Di sini juga perbualan langsung yang pertama secara “computer-to-computer chat” diadakan antara seorang psikotik, Parry di Stanford dengan seorang doktor di BBN.  Hasil daripada ICCC, International Network Working Group (INWG) telah ditubuhkan. Badan ini ditubuhkan setelah mesyuarat di ICCC mengenalpasti keperluan untuk menyatukan usaha-usaha untuk memajukan lagi teknologi rangkaian komputer. Vinton Cerf telah dilantik sebagai pengerusi INWG yang pertama. Lanjutan dari ICCC juga, Louis Pouzin telah mengepalai Perancis dalam usaha mewujudkan hubungan antara rangkaian  ARPANET – CYCLADES.

Pada tahun 1973, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) memulakan suatu program penyelidikan untuk mengkaji teknik-teknik dan teknologi  untuk menghubungkan jaringan komunikasi antara beberapa jaringan komputer yang mereka miliki. Objektif penyelidikan ini adalah untuk membangunkan suatu protokol komunikasi yang akan membenarkan jaringan komputer berkomunikasi melalui pelbagai peringkat jaringan yang mempunyai hubungan yang berkesan. Projek ini dikenali sebagai “Internetting Project” dan sistem yang dihasilkan melalui rangkaian ini dikenali sebagai “Internet”. Protokol sistem yang dibangunkan melalui penyelidikan ini kemudiannya dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol).

ARPANET melakukan capaian antarabangsanya yang pertama pada bulan Mei 1973 apabila University College of London di England dan Royal Radar Establishment di Norway dihubungkan dengan rangkaian itu. Vinton Cerf dan Bob Kahn seterusnya membentangkan asas idea-idea internet yang didapati di INWG di University of Sussex, Brighton, United Kingdom pada bulan September tahun 1973.

Tahun berikutnya (1974), Vinton Cerf dan Bob Kahn telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “A Protocol for Packet Network Internetworking” yang menjadi garis panduan asas kepada “Transmission Control Protocol” (TCP). Kemudian, dalam tahun 1974 juga. BBN telah membuka Telenet, yang merupakan perkhidmatan “packet data” yang pertama untuk kegunaan awam. Perkhidmatan ini juga merupakan versi komersial ARPANET.
Perkembangan diteruskan lagi dengan pada tahun 1975, Steve Walker telah mencipta “mailing list” ARPANET yang pertama (MsgGroup). Aplikasi “mailing list” telah dimurnikan lagi oleh Einar Stefferud setelah versi asal mailing list tidak diautomasikan secara menyeluruh. Stefferud telah membahagikan mailing list mengikut kategori yang diminati oleh pengguna pada masa itu. Kategori sains fiksyen , SF-Lovers, telah menjadi kategori yang paling popular pada masa itu.

Pada tahun 1975 juga, aplikasi mel elektronik dimajukan lagi oleh John Vittal melalui MSG, yang merupakan perisian mel elektronik yang pertama yang menyepadukan kesemua kemudahan mel, termasuk membalas, meneruskan mel dan  kemudahan fail dalam mel.

Tahun 1975 juga turut menyaksikan hubungan menggunakan satelit yang pertama merentasi dua lautan dari Amerika Syarikat ke Hawaii dan United Kingdom dalam ujian pemulaan TCP. Ujian satelit ini dijalankan oleh Stanford, BBN dan UCL. TCP kemudiannya dipecahkan kepada TCP dan IP pada tahun 1978

Dalam tahun 1976, UUCP (Unix-to-Unix Copy Protocol) dibangunkan di makmal  AT&T Bell dan dipasarkan bersama-sama UNIX setahun kemudian. Aplikasi UUCP ini kemudian digunakan dalam Usenet pada taun 1979.
Larry Landweber daripada Universiti Wisconsin pula telah menghasilkan THEORYNET yang menyediakan kemudahan mel elektronik kepada lebih seratus penyelidik dalam bidang sains komputer pada tahun 1977. Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada sistem Telenet yang diasaskan oleh ARPA.

Pada tahun 1977 juga, satu lagi organisasi turut mengambil bahagian dalam perkembangan internet, iaitu Tymshare. Tymshare telah melancarkan sistem rangkaian mereka, Tymnet.
ARPANET juga telah mengadakan demonstrasi operasi Internet Protocol yang pertama pada bulan Julai1977. Demonstrasi ini melibatkan rangkaian ARPANET, SF Bay Packet Radio dan Atlantic SATNET dengan sokongan BBN yang menyediakan gateways.

Pada tahun 1979, suatu mesyuarat antara Universiti Wisconsin, DARPA, National Science Foundation (NSF) dan saintis-saintis komputer dari universiti-universiti telah diselenggarakan oleh Larry Landweber. Mesyuarat ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah Jabatan Sains Komputer yang menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dalam bidang rangkaian komputer.

ARPA pula menubuhkan Internet Configuration Control Board (ICCB) pada 1979.

Dalam perkembangan mel elektronik pula, pada 12 April 1979, Kevin MacKenzie telah menghantar mel elektronik kepada MsgGroup yang mencadangkan penambahan penggunaan simbol-simbol yang menunjukkan emosi menggunakan tanda-tanda bacaan dan teks. Sebagai contoh penggunaan tanda “-)” untuk menunjukkan senyuman. Cadangan ini kemudiannya telah diterima oleh pengguna-pengguna MsgGroup dan telah digunakan secara meluas sehingga kini. Simbol-simbol ini kemudiannya dikenali sebagai emoticon.

Gangguan virus dalam internet yang pertama telah dikesan pada 27 Oktober 1980 apabila ARPANET menggantungkan sistem mereka setelah secara tidak sengaja, mereka menerima mesej ancaman virus.
Pada tahun 1981 BITNET (Because It's Time NETwork) telah ditubuhkan. BITNET dimulakan sebagai asas kerjasama City University of New York, dengan hubungan yang pertama  dirangkaikan ke Yale.
BITNET  menyediakan kemudahan mel elektronik dan server “listserv” yang dimanfaatkan sebagai kemudahan pindahan fail.

Kemudian CSNET (Computer Science NETwork) telah dibina oleh sepasukan saintis komputer gabungan University of Delaware, Purdue University, University of Wisconsin, RAND Corporation dan BBN melalui sumber kewangan yang disediakan oleh NSF. Pasukan ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian, terutamanya mel elektronik untuk saintis-saintis di unversiti-universiti yang tidak mempunyai capaian ke ARPANET. CSNET kemudiannya lebih dikenali sebagai  Computer and Science Network.

Sementara itu, France Telecom telah memperkenalkan Minitel (Teletel) ke seluruh Perancis.

Pada tahun 1982, Norway memperkembang rangkaian komputernya kepada hubungan Internet menggunakan TCP/IP melalui SATNET setelah DCA dan ARPA menetapkan TCP/IP sebagai protokol internet untuk ARPANET. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut mengiktiraf TCP/IP untuk kegunaan mereka.

Pada tahun 1983, University of Wisconsin telah menggunakan nama kepada server mereka menjadikan pengguna tidak lagi perlu mengingat alamat sebenar server.. Ini memudahkan pengguna mengingat nama server daripada menghafal nama laluan sebenar untuk mengakses rangkaian.

Pada tahun 1983 juga, bilangan sambungan rangkaian komputer terus meningkat dengan Stuttgart dan Korea turut dihubungkan. Bagi kawasan Eropah pula, Movement Information Net (MINET) yang telah dimulakan secara sendirian pada awal tahun telah disambungkan dengan Internet pada bulan September.

ARPANET telah dibahagikan kepada ARPANET dan MILNET; yang kemudiannya disepadukan dengan Defense Data Network yang ditubuhkan pada 1982. Daripada keseluruhan 113 nod, MILNET diserahkan 68 nod.
Stesen kerja desktop juga telah mula dihubungkan dengan internet, kebanyakannya menggunakan Berkeley UNIX (4.2 BSD) yang turut menggunakan perisian rangkaian yang mempunyai IP. Di samping itu, European Academic and Research Network (EARN) telah ditubuhkan. EARN menggunakan kaedah kerja mirip BITNET dengan gateway disumbangkan oleh IBM.
Pada tahun 1984, Domain Name System (DNS) mula diperkenalkan yang menyeragamkan DNS di semua hos. Pada masa itu, jumlah hos telah mencapai 1000 buah. Rangkaian internet juga terus berkembang dengan penglibatan Jepun melalui Japan Unix Network (JUNET) menggunakan Unix to Unix Copy Protocol (UUCP). Di United Kingdom, SERCnet telah ditukar kepada Joint Academic Network (JANET), menggunakan Coloured Book Protocol. Kanada pula memulakan usaha selama setahun untuk menyediakan universiti-universitinya melengkapkan rangkaian komputer. Kemudian, NetNorth Network dirangkaikan ke BITNET di Ithaca dari Toronto.

Information Sciences Institute (ISI) di USC telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan DNS untuk root management DCA, dan SRI untuk pendaftaran DNS NIC. Berikutan itu, symbolic.com telah didaftarkan secara rasmi pada 15 Mac 1985 dan merupakan domain pertama yang menerima pendaftaran rasmi tersebut. Kumpulan domain pertama yang turut didaftarkan secara rasmi ialah cmu.edu, purdue.edu, rice.edu, ucla.edu (April 1985), css.gov (Jun 1985) dan mitre.org, (Julai 1985).
Pada tahun 1986, NSFNET diperkenalkan dengan kelajuan backbone 56Kbps. NSF menyediakan lima pusat super-computing untuk menyediakan perkomputeran berkuasa tinggi untuk digunakan oleh pelanggan-pelanggan internet. Lima pusat tersebut ialah JVNC di Princeton, PSC di Pittsburgh, SDSC di UCSD, NCSA di UIUC dan Theory Center di Cornell. Rangkaian ini membenarkan sambungan yang lebih banyak, terutama daripada universiti-universiti. Dengan komputer berkuasa tinggi yang ada, NSFNET menyediakan operasi dengan SDSCNET, JVNCNET, SURANET dan NYSERNET.
Perkhidmatan Freenet yang pertama telah diperkenalkan di Cleveland. Ianya mula on-line pada 16 Julai di bawah naungan Society for Public Access Computing (SoPAC). Freenet yang berikutnya telah disediakan oleh National Public Telecomputing Network (NPTN) pada tahun 1989.

Pada tahun 1986 juga, Network News Transfer Protocol (NNTP) direka untuk menambahkan keupayaan Usenet dalam meninggikan prestasi TCP/IP.

Pada tahun 1986, U.S. National Science Foundation (NSF) pula telah memulakan pembangunan projek NSFNET yang mana pada hari ini menyediakan sebahagian besar daripada backbone perkhidmatan komunikasi internet. Dengan kelajuan backbone 56Kbps, NSFNET mampu membawa arahan daripada 12 bilion paket sebulan dalam talian kepunyaannya.
Pada tahun 1987, NSF telah menandatangani persetujuan kerjasama untuk menguruskan backbone NSFNET bersama-sama Merit Network, Inc. IBM dan MCI terlibat dalam NSFNET melalui persefahaman dengan Merit. Merit, IBM, and MCI kemudiannya menubuhkan ANS.

Sementara itu, kajian Rick Adams dan Mike O'Dell dengan bantuan kewangan Usenix telah menghasilkan UUNET. UUNET digunakan untuk menyediakan UUCP komersial dan capaian ke Usenet.
Pada 20 September 1987, jalinan mel elektronik dihubungkan antara Jerman dengan China menggunakan protokol CSNET. Mesej pertama telah dihantar dari China pada tarikh tersebut.

Pada masa yang sama, perkembangan penggunaan internet terus berkembang dengan bilangan hos meningkat kepada 10,000 dan hos BITNET telah melebihi 1,000.

Pada 2 November 1988, kejutan virus telah berlaku dalam dunia internet dengan serangan Internet worm yang merebak melalui internet. Serangan ini menjangkiti lebih kurang 6,000 hos daripada 60,000 hos yang terdapat di internet. Lanjutan daripada peristiwa ini, CERT (Computer Emergency Response Team) yang ditubuhkan oleh DARPA yang bertanggungjawab menjalankan pameran di Morris mengenai worm incident. Sementara itu, NSFNET telah meningkatkan keupayaan backbone mereka kepada T1 iaitu 1.544Mbps.

Pada tahun yang sama, satu lagi rangkaiain, iaitu CERFnet (California Education and Research Federation network) telah ditubuhkan oleh Susan Estrada.

Pada bulan Disember, Internet Assigned Numbers Authority (IANA) ditubuhkan dengan Jon Postel bertindak sebagai Pengarah. Postel juga merupakan Penyunting di RFC dan juga merupakan pendaftar di US Domain untuk beberapa tahun.
Perkembangan lain dalam internet ialah pembangunan perisian Internet Relay Chat (IRC) oleh Jarkko Oikarinen.
Pada tahun 1988 juga, sekumpulan rangkaian komputer di Kanada dihubungkan dengan NSFNET, iaitu Onet melalui Cornell, RISQ melalui Princeton, Bcnet melalui Universiti Washington. Pada tahun ini, Kanada (CA), Denmark (DK), Finland (FI), Perancis (FR), Iceland (IS), Norway (NO) dan Sweden (SE) telah mempunyai hubungan kepada NSFNET.
Pada tahun 1989, penggunaan internet terus meningkat dengan bilangan hos bertambah kepada 100,000.

RIPE (Reseaux IP Europeens) kemudiannya ditubuhkan oleh European service providers untuk menentukan keperluan pentadbiran dan kordinasi teknikal untuk membolehkan operasi dari pan-European IP Network.

Pada tahun 1989 juga, mel elektronik komersial yang pertama telah dilakukan antara menggunakan kemudahan Internet: MCI Mail antara Corporation for the National Research Initiative (CNRI), dengan Compuserve melalui Ohio State University.
Ini diikuti oleh penubuhan Corporation for Research and Education Networking (CREN) pada bulan Ogos hasil kemasukan CSNET ke dalam BITNET.

Dalam tahun 1989, beberapa negara telah turut menghubungkan rangkaian mereka dengan NSFNET iaitu Australia (AU), Jerman (DE), Israel (IL), Itali (IT), Jepun (JP), Mexico (MX), Belanda (NL), New Zealand (NZ), Puerto Rico (PR) dan United Kingdom (UK).

Perkembangan era 1990an dimulakan dengan pemberhentian ARPANET dan Electronic Frontier Foundation diasaskan oleh Mitch Kapor. Peter Scott dari University of Saskatchewan melancarkan Hytelnet. Ini diikuti oleh perkembangan global internet dengan world on-line melalui world.std.com dan ini menjadi penyedia capaian Internet dial-up komersial yang pertama.
Tahun 1990 juga telah memulakan aplikasi mesin kawalan jauh yang pertama apabila John Romkey menyambungkan Internet Toaster kepada internet yang dikawal melalui SNMP. Penemuan Romkey telah menjadi isu hangat di Interop.
Pada tahun 1991, Wide Area Information Servers (WAIS), dimajukan oleh Brewster Kahle, dan dilancarkan oleh Thinking Machines Corporation. Paul Lindner dan Mark P. McCahill dari University of Minnessota pula melancarkan Gopher. Sementara itu, Tim Berners-Lee membangunkan  World-Wide Web (WWW) dan dilancarkan oleh CERN dan Philip Zimmerman melancarkan PGP (Pretty Good Privacy).

Menyedari perkembangan pesat yang berlaku, US High Performance Computing Act (Gore 1) menubuhkan National Research and Education Network (NREN) untuk menyelidik dan memajukan teknologi rangkaian.
Pada masa yang sama, backbone NSFNET dipertingkatkan keupayaannya kepada T3 (44.736Mbps) dan menyara trafik sehingga 1 trilion bait sebulan atau 10 bilion paket sebulan.

Pada tahun 1992, Internet Society (ISOC) dan World Wide Web (WWW) diperkenalkan oleh CERN. Pada masa itu, bilangan hos sudah mencecah sejuta buah. Backbone NSFNET telah dipertingkatkan sekali lagi kepada T3, iaitu pada kelajuan 44.736 Mbps.

Pada tahun berikutnya, InterNIC telah dicipta oleh NSF untuk membekalkan perkhidmatan internet secara khusus, iaitu perkhidmatan direktori dan pangkalan data melalui AT&T, perkhidmatan pendaftaran melalui Network Solutions Inc dan perkhidmatan maklumat melalui General Atomics/CERFnet. Pada tahun 1993 juga, White House dan United Nation telah berada dalam talian internet. Di samping itu, organisasi perniagaan dan media mula memberi perhatian terhadap kemampuan Internet. Di Jepun, InterCon International KK (IIKK) menyediakan kepada Jepun rangkaian komersial internet yang pertama pada bulan September 1993. first commercial Internet connection in September. Dengan mengambil manfaat litar suwa yang disediakan oleh IIKK, TWICS telah memulakan penawaran terhadap akaun dial-up pada bulan Oktober. Apabila perisian Mosaics diperkenalkan, penggunaan internet telah meningkat secara mendadak. Ia meningkat sehingga 341,634% setahun bagi penggunaan WWW dan 997% bagi penggunaan Gopher.

Tahun 1994 menyaksikan perkembangan mendadak penggunaan internet. Masyarakat mula membuat capaian sendiri dan kedai-kedai maya mula wujud di internet. Internet terus berkembang sehingga kini, terutamanya WWW. Penggunanya terus meningkat menjadi lebih dari 50 juta orang. Angka ini dianggarkan akan melebihi 200 juta orang pada tahun 2000.
 

Rujukan:
 

Robert H’obbes’ Zakon. (1999). Hobbes’s internet timeline. http://info.isoc.org/guest/zakon/Internet/History/HIT.html

Sidnie Feit., Dr. (1998). The LAN manager’s internet connectivity guide. McGraw-Hill: New York.

Sh. Mastura Sy. Mohamad. (1997). Internet dan anda. Federal Publication: Shah Alam.

Yeow Leong Swee. (1997). Pengenalan kepada internet. Penerbitan Pelangi: Johor Bahru.

http://www.davesite.com/webstation/net-history.shtml